PKP Di Kuantan, Beberapa Daerah Serta Mukim Di Perak Dan Pulau Pinang

Kerajaan telah mengumumkan Perintah kawalan Pergerakan (PKP) akan mula dilaksanakan di daerah Kuantan, Pahang bermula 10 Mei 2021 sehingga 23 Mei 2021. Ini bermakna rakyat di sekitar Kuantan akan menyambut perayaan Hari Raya Aidil Fitri di dalam penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Untuk rekod, KKM telah melaporkan sebanyak 1,578 kes positif telah dilaporkan di Kuantan dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi.

Selain daripada daerah Kuantan, Pahang, kerajaan juga akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa daerah dan mukim di negeri Perak dan Pulau Pinang bermula pada Isnin, 10 Mei ini.

Daerah dan mukim yang terlibat di Perak adalah mukim Hulu Kinta iaitu Ipoh, Chemor dan Tanjung Rambutan serta mukim Pengkalan Hulu dan Belukar Semang di daerah Hulu Perak.

Di Pulau Pinang pula, ia membabitkan daerah Timur Laut, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan dan juga melibatkan Mukim 12, Barat Daya, bandar Butterworth, Seberang Perai Utara dan Mukim 14, Seberang Perai Utara.

Perkara ini telah diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

SUMBER

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *