[et_pb_section admin_label=”Section” fullwidth=”off” specialty=”off”][et_pb_row admin_label=”Row”][et_pb_column type=”4_4″][et_pb_text admin_label=”Text” background_layout=”light” text_orientation=”justified” use_border_color=”off” border_color=”#ffffff” border_style=”solid”]

Seperti yang telah dinyatakan di ruangan Siapa Kami, Lamankerjaya.net merupakan sebuah laman web bebas yang beroperasi dengan inisiatif sendiri bagi menyampaikan informasi terkini berkaitan kerjaya kepada para pencari kerja yang memerlukan maklumat terkini berkaitan kerjaya. Oleh itu, ingin kami nyatakan di sini bahawa LamanKerjaya.net tiada kena mengena atau mempunyai apa-apa hubungan samada secara langsung ataupun tidak langsung dengan pihak SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia) walaupun ada sesetengah maklumat atau informasi yang ada di laman ini diambil dari laman web SPA itu sendiri. Sesetengah maklumat tersebut kami ambil dari laman web SPA bagi memastikan maklumat yang kami salurkan adalah tepat, sahih dan terkini buat rujukan anda.

Jika ada terdapat mana-mana logo berkaitan SPA atau mana-mana logo jabatan kerajaan yang digunakan di laman ini, ia adalah bagi tujuan kami memfokuskan artikel atau maklumat tersebut dengan jabatan / jawatan yang ingin kami sampaikan informasinya. Ia sama sekali tidak bermaksud yang laman ini mempunyai kaitan dengan logo jabatan yang kami maksudkan.

Kami juga tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kerugian, kesalahan atau apa-apa sahaja perkara negatif yang menimpa anda hasil daripada pembacaan anda di laman ini. Walaupun begitu, kami akan sedaya upaya untuk menyampaikan maklumat yang tepat dan terkini buat anda.

Semoga segala kandungan di dalam laman ini memberi manfaat buat anda. Jika anda berasa hasil kerja kami patut dihargai dan dikongsi, anda boleh lakukankannya dengan cara follow mana-mana pautan laman sosial yang kami sediakan dan kongsikan laman sosial tersebut bersama rakan anda. Semoga ilmu yang dikongsikan di sini dapat kita manfaatkan bersama-sama.

[/et_pb_text][/et_pb_column][/et_pb_row][/et_pb_section]